My memori

Tuesday, March 29, 2011

Hujan Kali Ini

sudah pernah kukatakan padanya bahwa aku akan selalu menantikan hatinya. akan selalu menjaga cintanya. menjadi makmumnya. kerana kuingin dirinya menjadi yang terakhir bagiku dan aku yang terakhir baginya. kerana (kuharap) dialah yang tercipta dari tulang rusukku.

sudah kukatakan padanya betapa aku juga menyukai hujan seperti dia mencintai titisan air yang turun membasahi bumi yang gersang. betapa aku selalu merindukannya kala hujan datang menyapa tempatku. menyanyikan alunan nada rintik air yang beradu di bahagian atap bilikku..berlagukan kerinduan yang sangat ingin kusampaikan padanya. ingin kuucapkan di hadapannya. ingin ku selimutkan pada dirinya. rasa rindu ini.

kali ini hujan kembali menyapaku. kunikmati setiap titis airnya, setiap alunan nada yang tercipta saat satu persatu titisan menyentuh tanah. seolah kurasakan dirinya hadir bersama hujan ini. bersama titisan rindu yang ada di dalam hatiku saat ini. merindukan dia yang entah merindukanku atau tidak.

hujan kali ini menerbangkan anganku kembali pada beberapa bulan yang lalu. kala aku menikmati titisan hujan di  rumahku..walau hanya berhubung melalu sms.

sejenak aku terdiam dalam hujan ini. ingin hatiku mengambil telefon bimbit ku dan mengucapkan sebuah kalimat rindu padanya.kerana rindu ini akan segera meledak dalam hatiku.

tetapi itu hanya menjadi angan belaka. kerana keberanian yang biasanya melingkupiku seakan-akan hilang tak berbekas. dan aku menjadi seorang pecundang kali ini. pecundang yang hanya mampu menyimpan perasaan tanpa mampu untuk mengungkapkan pada orang yang kusayang. tanpa mampu jujur dengan perasaanku.
kali ini. hanya kali ini (kuharap).

perlahan dan mulai kutemukan rindu ini. kurangkai dalam sebuah kumpulan kalimat yang hanya tercurah untuknya. menjadi sebuah puisi rindu padanya. dan semoga dia tau semua yang kurasa. sekali lagi aku hanya menjadi pecundang yang mengharapkan sesuatu tanpa berusaha..

Monday, March 28, 2011

Patutkah aku beralah lagi?? Santai Perasaan!!

Assalamualaikum…

Tiba ja hati ku sayu bila mengenangkan adik-adik di kampung..pada mulanya hatiku memang gembira dan senang bila di khabarkan bahawa aku boleh pindah ke HQ pada awal bulan April dan telah ku bagitahu kepada adik-adik yang aku akan balik awal bulan April setelah segala urusan tanggungjawab ku di KKHY selesai..tapi.. segalanya hanya harapan yang  aku sendiri kurang pasti..yerlah bekerja dengan orang kena ikut rentak majikan la…

Terdengar lagi rayuan dari orang atasan untuk ku bertahan lagi di KKHY ni selama sebulan..aku belum bagi jawapan..dan mungkin aku akan cuba pertahankan pendirianku setelah banyak kali ku bertahan dan bersabar atas kehendak orang lain..untuk jangka masa satu bulan macam-macam hal boleh berlaku..dan macam-macam hal akan bakal ku tempuhi..masak sangat dengan keadaan..bila diperlukan pujuk rayu macam apa..tp bila dah dapat..orang lain yang senang aku yang sakit.

Bagiku kerjaya ku sebagai ibu, kakak kepada anak-anak yatim memang menyeronokkan bila ku berada dekat bersama mereka..tp oleh kerana pengurusan dan skop kerja ku yang memang sepenuhnya kepada kewangan dan pentadbiran ianya amat membataskan segalanya..(kena pandai curi masa untuk selitkan bahagian bimbingan pada anak-anak) walaupun masa untuk aktiviti pejabat dan luar pejabat amat singkat..

Tahu tak kenapa aku nak cepat sangat balik..?? sebaab aku memang tak boleh berpisah lama ngan my sis yang bongsu..walaupun aku tak la menghadaap mukanya 24jam di kampung tapi..aku dekat untuk pergi berjumpanya..berbanding dengan keadaan sekarang..makaan masa satu hari untuk sampai ke kampung..!!
Arhh..balik semula dengan persoalan pada diriku..sanggupkah aku mengalah lagi?? Kalau hari-hari kena pujuk rayu..pening jugak ku dibuatnya..kalau ku fikir untuk diriku dan kepentingan diriku..memang aku akan terus balik ja..malas da nak tunggu-tunggu lagi..tp rasa tanggungjawabku semua itu ku buang jauh-jauh rasa tersebut..Cuma bukan untuk tarikh yang di rayu..!!

Azamku, aku akan habisakan segala tugasku dan akan menyerah tugasan ku kepada kerani di KKHY dan akan mengajarnya sedikit demi sedikit..kalu nak tunggu pengurus masuk memang tk pindah la aku..(bosan tau dok utan ni..) tapi ku tetap saayang tempat ini..bukan apa..sempat merasa kompleks yang siap dirasmikan semasa ku di tugaskan di sini..

Next month dalam bulan Jun Kompleks Anak Yatim Sibu pulak dirasmikan..waiiiittt Sibu..ku nak rehat di HQ dulu..baru boleh ku dipindahkan lagi..rindu tau dengan pejabat ku di HQ..tempat mulanya ku berkhidmat dalam LKAYS dan menyandang jawatan KPP LKAYS..jawatan tu hanya nama jawatan ja..tugas dan skop kerja memang jauh lari dari jawatan..

Tak apalah janji hati senang!! Hmmm…

Alaaaaaa…nak senangkan hati ja ku menulis ni..tak tau nak luah ngan siapa…nak pendam buat makan diri ja…


Nanti lain masa kita jumpa lagi dalam bab santai perasaan!! 

Wassalaam~

Sunday, March 27, 2011

~DIA YANG AKU CINTAI~

Assalamualaikum..

Tersentuh ana pada nilai “kasih sayang” yang ada pada manusia kini yang kian tipis dek kerana keduniaan.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis kemanusiaannya. Berbeza halnya dengan dengan orang yang dikurniakan Allah dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi pemurah.

Rasulullah contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamalkan dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tetapi cinta yang melahirkan ketaatan pada ALLAH dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari?

Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita menyintai Rasulullah, sedangkan dalam kehidupan seharian kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini hanya cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa seperti cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain.
Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!!

Saturday, March 26, 2011

Adakah Anda (Wanita) Orangnya

Wanita Sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,
tetapi dari kecantikan hati yang ada dibaliknya.

Wanita Sejati bukanlah dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona,
tetapi dilihat dari sejauh mana Ia menutupi bentuk tubuhnya.

Wanita Sejati bukanlah dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang diberikan,
tetapi dari keikhlasannya memberikan kebaikan tersebut.

Wanita Sejati bukanlah dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.

Wanita Sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya berpakaian,
tetapi dilihat dari sejauh mana Ia berani mempertahankan kehormatannya
dengan berpakaian Muslimah.

Wanita Sejati bukanlah dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, 
tetapi dilihat dari sejauh mana Ia bisa menjaga kehormatannya dalam bergaul.

kURANG aGAMA kURANG aKAL

Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan istighfar iaitu memohon ampun. Kerana kamu melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

Rasulullah bersabda, “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

“Rasulullah bersabda, “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya, kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama” (Riwayat Muslim)

Wanita adalah makhluk yang unik, diciptakan berlaianan dan berbeza dengan lelaki. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alas an untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam haid atau nifas serta tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih boleh menjalankan ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada ALLAH.

Perempuan juga dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah terpengaruh, tertipu dan terpedaya. Ini kerana merekla dikurniakan banyak nafsu yang lazimnya mereka tidak berfikir panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal lain, Islam tidak sama sekali menolak akan hakikat ketajaman pemikiran wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya membezakan antara makhluk ALLAH adalah nilai ketakwaan mereka.

Friday, March 25, 2011

Aktiviti Anak-Anak Yatim (tunai janji)

Assalamualaikum...

Sebagai menunaikan janji pada anak-anak yatim KKHY, ketua pengurusan pentadbiran (kpp) telah membuat permohonan kepada pihak luar untuk membenarkan anak-anak yatim disini menonton wayang di tempat mereka..Alhamdulillah permohonan di luluskan..semua staff dan anak-anak dibenarkan menonton tayangan wayang..tetapi aku terpaksa tinggal di pejabat kerana atas urusan kerja-kerja yang perlu ku settlekan..

Selalu jugak mendengar anak-anak yatim ni merunggut napa aku asyik tak join bila ada funtion di hujung minggu..- bukan tak nak ikut tp ada komitmen lain perlu ku buat dan selesaikan...

Ku bersyukur dapat berkhidmat dan masih boleh melaksanakan tanggungjawabku bersama anak-anak yatim di sini..memang sedih bila ku ingat masa mula ku berkhidmat di sini dan sampai sekarang..macam-macam kenangan..

Satu kenangan yang mungkin ku ingat sampai bila-bila tika bersama mereka, berkongsi cerita dan jenaka..kadang-kadang membuatku teringat akan kisah-kisah hidupku..

Memang dah tugas KPP untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab..sama ada sebagai officer, ibu, dan pendidik..tapi juga pembimbing..mmg agak berat pada mulanya untuk pikul tanggungjawab yang diberikan..tp dengan sokongan adik-adik,keluarga dan sahabat ku mampu bertahan sehingga sekarang..

P/S pada anak-anak yatim KKHY, jaga kelakuan mu di luar sana..ikut arahan ibu dan ayah..lain kali insyaALLAH ibu akan sertai kamu semua..jika di beri kesempatan..kalu ibu ikut korang sekarang, kerja-kerja ibu tertangguh lagi..!! harap kamu semua faham ya sayang...

Thursday, March 24, 2011

Anak-anak Yatim Tunjang Kekuatanku

Assalamualaikum..
Lama tak mencoret di blogku..kesibukan membataskan segalanya..segala urusan dan tanggungjawab terletak dibahu..alhamdulillah semuanya sudah seperti sediakala..

Dengan bantuan anak-anak yatim dan kakitangan serta AJK lain..semua yang dirancang terlaksana..Syukur tak terhingga walaupun penat dan lelah siang malam bekerja..bila nampak hasilnya..nikmat itu ada..

Walaupun ku tidak sempat jadi jurufoto pada hari tersebut..kawan ada backup untuk ambil gambar..urusan ku di pentadbiran dan kawasan sekeliling dan berhubung dengan protokol dan RTM pada hari bersejarah itu mmg amat meletihkan..ke sana ke mari..

Ingat pada pesanan Arwah Pak Saari agar tetap bersabar, bila terima kemarahan orang atasan..mereka apa tahu penat lelah orang bawahan..yang pasti kerja teratur dan terurus..

Sebagai kenangan buatku di sini (KKHY) sebelum ku kembali bertugas di HQ lkays.. Thanks for spport rakan dan anak-anak..memori terindah akan ku bawa ke Kuching nanti.

Majlis Perasmian Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Miri di rasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak

Ku bersama ibu minah dan Ibu tianah..hihi..satu ni ja gambar yang ku ada masa majlis berlangsung.

Setakat ni dulu yang dapat di kongsikan..waitt for majlis perpisahanku bersama warga KKHY..

Sunday, March 20, 2011

Hijjaz - Antara Mata dan Hati

[ENG SUB] Iranian Child - Remembrance of Fatimat Al-Zahraa [as]

~AMALAN~

Jangan sekali-kali engkau meninggalkan amalmu
semata-mata kerana merasa hati tak ikhlas
kerana sesungguhnya beramal itu lebih hampir
kepada keikhlasan

sedangkan orang yang tak beramal itu...
bagaimanakah ia akan ikhlas...?

mungkin akan sampai masanya kelak...
Allah akan mengangkat kedudukanmu...
dari tingkat orang beramal tak ikhlas...
kepada tingkat orang-orang beramal yang
ikhlas..

No Hak Milik..But Anugerah

Assalamualaikum warahmatullah,

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah…” adalah sebuah dialog dipetik dari filem CINTA arahan pengarah Kabhi Bahtiar, yang dilafazkan oleh Dato Rahim Razali. Hari ini saya terfikir untuk memuatkan tentang ini iaitu  “isteri adalah hak suami...”

Hmm… isteri adalah hak suami? Mungkin maksudnya, isteri itu hak milik suami? Kalau begitu, suami itu hak milik isteri? Apa yang kita faham dengan perkataan ‘hak milik’? Adakah ia sesuatu yang diberi ‘cop mohor’? Ada pula lagu yang agak popular yang bertajuk ‘Hak Milik Kekal...’nyanyian adik-beradik Rafar... Lagi hebat...

Saya cuba cari persamaan dan perbezaan dua kalimah itu, ‘hak milik’ dan ‘anugerah’ tetapi amat sukar untuk saya menulis ke semuanya di sini. Berat saya rasakan ada kontra dan kelebihan daripada salah satu perkataannya. Sebenarnya banyak perlakuan kita hari ini mengiyakan sesuatu itu ‘hak milik’ kita, tanpa menyedari sebenarnya ia adalah ‘anugerah’ Allah SWT, bukan ‘hak milik’ kita yang total.

Hak milik membawa maksud ‘pemilikan’ atau ‘kepunyaan’. Dengan perkataan yang lebih mudah, hak milik bermaksud ‘kekuasaan dalam memiliki sesuatu’. Sebagai contoh, jika kita memiliki sesuatu barang, bermakna kita berhak berbuat apa saja kepada barang yang kita miliki itu. Hendak dipeluk, dicium, ditayangkan dalam almari kaca ataupun dilanyak, dicampak dan boleh jadi juga dipijak-pijak bila apa yang kita miliki itu tidak lagi memenuhi keperluan dan kehendak kita. Apa yang pasti, akibat terperasan ia adalah hak milik, lazimnya, belum tentu hak milik itu kita HARGAI.

Anugerah pula bermaksud ‘pemberian’ atau ‘kurniaan’ yang disertai dengan harga atau nilai yang tersendiri. Saya percaya, siapa pun akan memandang anugerah sebagai nilai yang paling paling paling berharga. Anugerah akan dirasakan begitu berharga selepas disusahi dengan pelbagai usaha dan titik peluh sendiri. Saya tidak pernah dianugerahkan pingat kebesaran, tetapi jika dianugerahkan pingat tersebut, sudah tentu saya akan simpan baik-baik, sekali-sekali dibelek-belek, digilap jika berhabuk dan mungkin saja dipolish bila ia pudar... Hmmm....

Bayangkan kita sebagai seorang pelajar, dengan usaha yang gigih kita akhirnya disandangkan dengan Anugerah Dekan pada tahun menuntut di Universiti tersebut. Tentu sekali kita gembira. Pertamanya gembira kerana dihargai, kedua kerana dianugerahkan sesuatu yang berharga.

Maka, sebab itulah syurga merupakan sebuah ‘anugerah’ bukanlah ‘balasan’. Masuk ke syurga bukan kerana panjang dan beratnya amalan, tetapi kerana anugerah atau kurniaan Allah SWT.

Saya pasti antara jam tangan yang dibeli sendiri (hak milik sendiri) dengan jam tangan yang dihadiahkan (anugerah) daripada orang yang tersayang, anda akan lebih menghargai pemberian jam tangan daripada insan tersayang, apatah lagi jika orang itu bakal menghargai anda suatu masa nanti dan dia banyak bersusah payah demi anda.

Ada teman-teman yang sudah terlalu mabuk cinta, sampaikan tiket komuter pemberian kekasihnya pun masih disimpan rapi di dalam dompetnya. Tiket itu ada nilai harga dan abstraknya tersendiri yang dia sahaja tahu dan orang lain tidak nampak kerana ia sebuah harga dan anugerah.

Berbalik kepada tajuk di atas, marilah kita tukarkan persepsi :
Apa pengertian amanah? Amanah berasal daripada perkataan Arab, amana yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni Amanah dengan kata lain ialah sesuatu tanggungjawab yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga atau diterima oleh seseorang atau pihak yang dipercayai dapat melaksanakannya seperti dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah boleh saja berbentuk kehormatan diri, hak-hak manusia, harta benda, agama, pekerjaan dan lain-lain. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan (menyerahkan) segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)….” (Surah an-Nisaa’ 4:58)

Jika kita melihat isteri sebagai anugerah, amanah dan tanggungjawab, tentu suami tidak mungkin ALPA mengabaikan hak-hak isterinya. Jika isteri pula melihat suami sebagai anugerah, amanah dan tanggungjawab, pasti si isteri akan berusaha memenuhi hak-hak suaminya pula. Jika kita melihat anak-anak kita sebagai anugerah, amanah dan tanggungjawab yang Maha Esa, besar kemungkinan tiada ibu bapa yang bersikap sambil lewa, mengabaikan hak-hak dan membiarkan anak-anak membesar tanpa dibekalkan ilmu dunia dan akhirat. Halusilah anugerah-anugerah yang dikurniakan kepada kita, sudah pasti pengabaian hak, amanah dan tanggungjawab dapat diminimumkan, insya Allah.
  • isteri bukan hak milik, tetapi anugerah....
  • suami bukan hak milik, tetapi anugerah....
  • anak-anak juga bukan hak milik, tetapi anugerah....

Apa pula yang dimaksudkan tanggungjawab? Tanggungjawab merupakan satu AMANAH atau BEBAN dan TUGASAN yang mesti kita ‘tanggung’ di dunia, MESTI kita ‘jawab’ apabila kita ‘disoal’ di hadapan Allah SWT di yaumil mahsyar kelak.

Sekalipun badai ujian kehidupan ada kalanya begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kita wajib sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang dingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih utama, berkahwin itu adalah anugerah dan amanah Allah SWT.

Tip untuk rasa bertanggungjawab dalam rumahtangga
  1. Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita ialah milik Allah SWT, bukan hak milik kita.
  2. Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
  3. Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
  4. Sering melakukan solat Istikharah dan solat Hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
  5. Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggungjawab dengan perintah Allah.
  6. Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksa-Nya jika mengabaikan tanggungjawab dan amanah-Nya.
  7. Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati : Ini semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat…

Pasti, kita semua mampu menyayangi sesuatu yang kita panggil hak milik kita. Namun, sesuai dengan disebabkan peredaran waktu dan pertambahan usia, mungkin saja kita akan mensia-siakan yang menjadi hak milik itu. Sebaliknya, kita semua akan lebih menyayangi sebuah anugerah kerana harganya yang tersendiri.

Contoh yang paling mudah untuk diceritaka, berkenaan CINTA. Semasa angau mabuk bercinta, kita menjadi begitu asyik memenuhi permintaan dan kehendak kekasih. Sanggup berkorban apa saja, harta ataupun nyawa.. bak bait lagu nyanyian P.Ramlee. Tetapi, bila cinta itu sudah mulai pudar akibat pengabaian hak dan tanggungjawab misalnya, tidak mustahil cinta itu akan bertukar menjadi benci. Sebaliknya, jika kita sematkan cinta itu bukanlah hak milik tetapi anugerah yang disertakan dengan amanah dan tanggungjawab, biarpun teruk dilanda tsunami, pasti kita akan harungi juga, bak kata pujangga cinta, lautan bara sanggup ku renangi...

Kesimpulan

Sesiapapun bukanlah hak milik kepada sesiapa, tetapi ia adalah anugerah kerana manusia hanya memegang amanah dalam hubungan sesama manusia, namun manusia tidak mampu menjadi hak milik manusia lain sebaliknya hanya pemegang amanah yang setia dan sentiasa sujud kepada Allah SWT. Percayalah, anugerah tidak sesekali diberikan melainkan kepada orang-orang yang terpilih. Kerana itu kita perlu berbeza cara untuk menghargai sebuah HAK MILIK dan sebuah ANUGERAH.

Cinta bukan sekadar kasihan, sebaliknya cinta memerlukan kesungguhan, keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta segala aspek ini mestilah berpaksikan kepada peraturan yang diharuskan oleh syarak. Cinta yang sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta kepada Allah dan manusia mencintai manusia kerana Allah SWT.

Mari kita sama-sama renung-renungkan.

Saturday, March 19, 2011

HASRAT


Di dalam perjalanan penuh dugaan
Ku rela tempuhi ranjau berduri
Mengharungi diri ku selami

Ingin ku berlari ke puncak yang tinggi
Ingin ku berlari mengejar pelangi

Semakin ku hampiri
Semakin terasa kekurangan diri
Semakin ku insafi
Semakin pula KAU menghampiri

Lantas ku mengerti kekutan diri
Lalu ku menuju keredaan Ilahi

Hasrat ku tak sampai untuk mencapai awan
Hasrat ku tak sampai untuk terbang ke langit
Hasrat ku tak sampai untuk bersama-sama
Tuhan berilah kekuatan

Hasrat ku tak sampai untuk menabur budi
Hasrat ku tak sampai untuk mencapai mimpi
Hasratku tak sampai untuk bisa berlari
HANYA PADAMU KU SERAHKAN

Friday, March 18, 2011

Kesabaran benteng UTAMA : Tanya Diri??

Ketika kenyataan yang tak terelakkan, orang yang menjadi tempat kita bersandar telah tiada, hilang dari sisi kita karana kematian atau perceraian maka kita merasakan sedih, duka, gelisah, takut, kuatir, benci, dendam, risau, sekaligus resah, campur aduk tak menentu dan tak tahu apa yang harus dilakukan, tentunya hal itu sangatlah menyedihkan. Sepanjang anda tidak larut dalam kesedihan tak kunjung usia. Bersyukurlah bahwa perasaan itu normal kerana respon dari apa yang sedang terjadi.

Takut dan kuatir merupakan keadaan yang layak dimiliki oleh setiap orang yang dalam proses penyesuaian dari arah kehidupan tanpa teman hidup. Anda tidak selamanya selalu dibantu dan dibimbing oleh pasangan hidup anda dan kini anda harus berjalan seorang diri, tentu saja merasa takut dan kuatir. Namun perasaan semacam itu tidak menjadi langkah anda terhambat.  Kita adalah makhluk Allah yang dimuliakan olehNya. Setiap orang dari kita adalah pribadi yang berharga. Di dalam diri anda ada sumber untuk menkontrol kehidupan anda. Anda berhak memutuskan dan memilih apa yang hendak anda kerjakan. Anda juga berhak untuk menjadi bahagia, damai dan hidup mulia.

Kita patutlah menyadari bahwa kita tidak dapat menkontrol orang lain dan tindakannya, apapun yang dikerjakan olehnya, anda dapat menyarankan namun tidak boleh mengendalikan hati, fikiran dan keinginannya. Meski orang tersebut adalah anak, istri, suami bahkan orang tua anda sendiri bahkan orang yang bekerja dengan kita, yang menggaji kita, kita juga tidak berkuasa atas hati dan fikirannya. Memang benar boleh menyuruh pembantu atau bawahan, mereka mahu melakukan apa yang kita minta tetapi kita tidak boleh mengendalikan hati dan fikirannya. Ada satu hal yang harus kita gariskan bahwa cinta dan kasih sayang tidak dapat dipaksakan. Dalam kes perceraian atau perpisahan bekas pasangan hidup boleh saja tidak memberikan jaminan hidup sebagaimana yang diputuskan pengadilan, tidak menjenguk anak, seperti yang dijanjikannya, menyebarkan fitnah, khabar buruk tentang anda, berbagai hal yang membuat anda marah dan sakit hati. Cubalah untuk mengatasi dan keluar dari prasangka buruk dengan segala daya dan upaya agar tidak membuat kita semakin teruk.

Benteng satu-satunya adalah kesabaran. Sabar bererti memusatkan diri untuk melihat kekuatan di dalam diri anda. Tak perlu melihat kanan dan kiri, siapa kira2 yang dapat menolong diri anda kerana sesungguhnya yang boleh menolong adalah anda sendiri . Anda sendiri dengan segala kemampuan dengan pribadi anda yang kukuh dan mengagumkan dengan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala anda dapat menyelamatkan hidup anda. Orang lain hanyalah faktor pendukung. Pusatnya adalah diri anda sendiri dan anda akan menemukan suatu kekuatan yang mengagumkan dalam diri anda yang selama ini anda tidak sadari iaitu kemampuan berserah diri kepada Allah. Berserah diri kepada apapun yang telah menjadi kehendakNya.

'Dan sungguh akan Kami beri cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila tertimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya' Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baqarah : 155-157).

Wassalam,

Thursday, March 17, 2011

Kenapa Allah Lebih CINTA Orang Muda yg berTAUBAT berbanding orang tua???

Bismillahir rahman nirrahim...

Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka perlu sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah.

Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripada hamba-Nya. Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu usia tua kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati hal kematian dan berusaha untuk menyediakan bekalan untuknya.

Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.Orang muda tidak dapat dinafikan mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh persekitaran banyak membawa anak-anak muda ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan mereka daripada sudut pandangan agama. Agak sukar menemui orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan benar-benar beramal soleh.

Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran yang mendalam untuk menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.

Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa.ALLAH berfirman yang maksudnya:Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah.

Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang Allah.Dalam sat hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya:Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untukbertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup.