My memori

Monday, April 4, 2011

Namun Ku Punya Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  dan Assalamualaikum wrh wbt..

Saya tertarik dengan kata-kata yang di ambil dari seorang sahabat..dan ianya mungkin mampu memberi motivasi kepada kita agar terus "Berusahalah dengan kadar termampu".

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung puntak semerdu,
Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan,
Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan saying,
Bukan ku rayu bantu simpati,
Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua…

Ketahuilah saudaraku... kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.

Ketahuilah saudaraku...jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan tahu kemampuan diri kita sendiri. Ini sesuai dengan Firman Allah:
" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya'" (Al-Baqarah : 286)

Ketahuilah saudaraku... sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tuntutan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh agama Islam. Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd : 11)

No comments:

Post a Comment