My memori

Sunday, May 22, 2011

Hati Berbicara



Pada detik-detik ringkas ini
Mengapakah perjalanannya agak jauh sekali
Setiap langkahan harap melambatkan waktunya
Bisakah berlalu pergi mengundang sepi

Hati ini berbicara
Berkata gila mencari makna
Dalam diam warasnya
Bergelora
Bergelodak
Bergoncangan

Debarannya begitu hebat sekali
Dalam keliru arah tuju

Bersabarlah wahai hati
Mungkin bukan waktu suka
Mungkin bukan waktu ceria
Mungkin bukan waktu bahagia

Ingatan Ilahi lebih mengerti
Situasi dan konklusi
Pasti tiba memahami……

Mana Milik Kita

Mana milik kita,
Tidak ada milik kita,
Semua yang ada,
Allah yang punya,

Tidak ada kita punya,
Kita hanya mengusahakan saja,
Apa yang kita dapat,
Allah sudah sediakannya,

Kita Allah punya,
Dunia ini ciptaan-Nya,
Miliklah apa saja,
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya,

Mana kita punya,
Tidak ada kepunyaan kita,
Kita hanya mengusahakan,
Apa yang telah ada,

Mengapa kita sombong,
Memiliki Allah punya,
Mengapa tidak malu,
Kepada Allah yang empunya,

Patut bersyukur kepada Allah,
Yang memberi segalanya,
Malulah kepada Allah,
Kerana milik Ia punya,

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita,
Kalau Allah tidak beri,
Kita tidak punya apa-apa,

Janganlah mengungkit,
Mengungkit jasa kita,
Jasa kita di sisi-Nya,
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur,
Bukan berbangga,
Bersyukur kepada Allah,
Bukan mengungkit jasa,

Gunakanlah nikmat Allah itu,
Untuk khidmat kepada-Nya,
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

- Arwah Ustaz Asri-

p/s Lirik lagu di atas pendek dan mudah difahami,yang penting sesiapa yang dengar dan faham pasti terkesan di hati. Semoga hatiku teguh untuk menghadapi hal keduniaan yang acapkali menduga keutuhannya. Sememangnya kita tiada punya apa..segalanya ialah PINJAMAN SEMATA. .

JIKA CINTAMU SEJATI

Jika mahu cintaku,
Carilah dahulu cinta Allah,
Jika mahu rinduku,
Rindulah dahulu Allah dan RasulNya….

Jika ikhlas dengan diriku,
Jauhkan diriku dari zina,
Terumanya zina hati,
Jika cintamu sejati untuk ku,
Cintailah aku kerana Allah…

Yakinlah,
Andai Allah tentukan aku milikmu,
Aku tetap milikmu,

Jika mahu sayangku,
Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku,
Jika sayang diriku,
Juahilah aku sebelum masanya….

Jika pilihanmu adalah aku,
Pilihlah kerana agamaku…bukan yang lain..

Jika setiamu padaku,
Setialah kerana untuk mendapat keredhaan Allah,
Jika kamu mahu peliharaku,
Peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu…

Yakinlah,
Andai Allah tentukan aku bukan milikmu,
Itulah yang terbaik untukmu…

KEAYUAN SEBENAR

Assalamualaikum..Untuk renungan bersama..

Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda..,nescaya anda lebih nampak manis.

Gunakan pemerah pipi anda dengan kOsmetik yang terhasil dari rasa malu..yang dibuat dari salon keIMANAN....

Pakailah sabun istiQfar yang menghilangkan semua dOsa dan kesaLahan yang anda lakukan...InsyaALLAH..

Rawatlah rambut anda dengan selendang isLaMic yaNg aKaN mEnGeLaNgkan keLumuR paNdangaN leLaki yaNg bErbaHaya...

HiasiLah keDua taNgan deNgan geLang TAWADDHU dan jaRi-jaRi deNgan Cincin UKHUWAH..
Sebaik-baiknya kaLung aNda dengan kesucian..


Bedaklah wajah aNda dengan air WudUk...Nescaya akan bercahaya di Akhirat keLak,..InsyaALLAH,..

MANUSIA TANPA IMAN & MANUSIA DENGAN IMAN

Manusia tanpa iman ialah manusia yang kerdil dan kecil...
Manusia tanpa iman ialah manusia yang pendek dan singkat matlamatnya...
Manusia tanpa iman ialah manusia yang rendah dan dangkal cita2nya...
Manusia tanpa iman ialah manusiayang sempit dan perit kehidupanya...

...Tapi....

Manusia dengan iman ialah manusia yang hebat dan gagah...
Manusia dengan iman ialah manusia yang tinggi dan jauh cita2nya...
Manusia dengan iman ialah manusia yang luas dan aman kehidupanya...
Manusia dengan iman ialah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya...

Ya Muqollibal Quluubi tsabbit Quluubanaa A'laa Diinik...

Wahai Zat yang membolak balikkan hati,tetapkanlah Hatiku Dalam Agama-Mu Ya Allah...amin...

Selamat Hari Lahir Sayang- Akak Sayang Kamu!!!

happy bufday tO yOu
happy bufday tO yOu
happy bufday tO naza
happy bufday tOoo yOuuu..
 
 
 
selamat hari jadi diucapkan kepada si bongsu cik Nurul Nazarina; naza yang ke tiga belas.. dah tambah angka kat umur adik tuuuu tauuu ^_^

akak!!! hadiah ada tak untuk tahun ni.., Owh!! adikku ini bagus sangat-sangat.. bila tanya dia nak hadiah apa, bOleh dia cakap; 
 
 " adik terima saja yang akak hadiahkan.."
 
bagus-bagus adik akk tak memilih..hihi

disebabkan takda reQuest apa2 sO cik akak belikan sOmething tuk dia (beli jugak walaupun tak mintak) hadiah pun cik akak dah balut, nanti minggu depan kita celebrate ok ^_-

Moga dirimu sentiasa dalam lindungan Allah dan akak doakan agar dirimu berjaya dalam Dunia dan Akhirat..

P/S: balik kampung nak celebrate
Hari Lahir Adik..Nurul Nazarina dan sekaligus tunai janji nak celebrate bday adik Nur Shafika (no.3)


Friday, May 20, 2011

30 NASIHAT PENTING DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI



“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”


Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”


Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”


Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.


Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.


Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”


1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

5. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

6. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

7. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

8. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

10. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

ANJURAN BERJIMA’


23. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “

24. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

25. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),

http://jalanakhirat.wordpress.com/

*ermmm...no 4 musykil..mana dlilnya..

INDAHNYA MOLEKUL AIS- CIPTAANNYA

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, melainkan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.

Gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:

(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”

Thursday, May 19, 2011

SYUKUR TAMBAH 1 ANGKA LAGI

Assalamualaikum...


Syukur..berpeluang lagi untukku update blog ana di diari maya ini..

Untuk memulakan coretan pada hari ini, ana  memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya ana masih diberikan kesempatan untuk terus menikmati kehidupan sementara di dunia ini dan untuk terus mencari dan mempelajari ilmu Allah serta melaksanakan tugasan dan tanggugjawb ana untuk anak-anak yatim dan keluarga ana. Alhamdulillah pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 11 Mei 2011, ana menyambut hari ulang tahun kelahiran ana. Semoga ana lebih matang dalam kehidupan dan membuat keputusan dalam sebarang tindakan yang bakal ana ambil.

Pada kesempatan ini ana ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan serumah ana yang bagi kek dan mengadakan jamuan makan-makan di kuarters meraikan hari yang  bersejarah ini, rakan-rakan sekerja, anak-anak yatim, kkawan sekolah serta sahabat ana di teratak facebook yang banyak mendoakan ana..semoga kalian juga mendapat yang terbaik dan dirahmati ALLAH S.W.T.

Kepada adik ana yang bongsu..tempat ana selalu kongsi masalah dan luahan hati-terima kasih kerana seringkali bagi semangat kat akak ya dik.. - doakan kejayaan dan kehidupan akak dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala kasih sayang, sokongan dan dorongan yang diberikan. Kepada  kakak angkat ana  di Perak..terima kasih atas pemberianmu dan semangat yang akak bagi kat adik ni.. - terima kasih atas keprihatinan kalian dan semoga kalian sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Hehe..macam bagi ucapan lepas terima anugerah lak.. Sebenarnya itu adalah doa ana buat mereka yang dekat di hati ana.

Bulan Mei ni memang meriah dengan sambutan harijadi rakan-rakan dan adik ana yang bongsu dimana harijadinya cuma 11 hari melewati tarikh hari lahir ana.

Apa pun, ana akan menjadikan peningkatan usia ana ini sebagai pengukur kematangan ana sendiri.

Syukran semua..Semoga Allah sentiasa memberi dan meluaskan rezeki dan merahmati kalian KITA dan menjadikan KITA seorang yang sentiasa MENSYUKURI PemberianNYA.

Wednesday, May 18, 2011

TAQWA

“Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yg tiada disangka-sangkanya.” .

Makna Takwa Para ulama telah menjelaskan apa yg dimaksud dgn takwa.
Di antaranya Imam ar-Raghib al-Ashfahani mendefinisikan “Takwa yaitu menjaga jiwa dari perbuatan yg membuatnya berdosa dan itu dgn meninggalkan apa yg dilarang menjadi sempurna dgn meninggalkan sebagian yg dihalalkan.”
Imam an-Nawawi mendefinisikan takwa dgn “menaati perintah dan larangan-Nya.”
Maksudnya menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah. Hal itu sebagaimana didefinisikan oleh Imam al-Jurjani “Taqwa yaitu menjaga diri dari pekerjaan yg mengakibatkan siksa baik dgn melakukan perbuatan atau meninggalkannya.”

Karena itu siapa yg tidak menjaga dirinya dari perbuatan dosa berarti dia bukanlah orang bertakwa. Maka orang yg melihat dgn kedua matanya apa yg diharamkan Allah atau mendengarkan dgn kedua telinganya apa yg dimurkai Allah atau mengambil dgn kedua tangannya apa yg tidak diridhai Allah atau berjalan ke tempat yg dikutuk oleh Allah berarti tidak menjaga dirinya dari dosa. Jadi orang yg membangkang perintah Allah serta melakukan apa yg dilarang-Nya dia bukanlah termasuk orang-orang yg bertakwa.

Orang yg menceburkan diri ke dalam maksiat sehingga ia pantas mendapat murka dan siksa dari Allah maka ia telah mengeluarkan dirinya dari barisan orang-orang yg bertakwa. Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan “Maknanya barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah dgn melakukan apa yg diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya niscaya Allah akan memberinya jalan keluar serta rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka yakni dari arah yg tidak pernah terlintas dalam benaknya.”

Alangkah agung dan besar buah taqwa itu! Abdullah bin Mas’ud berkata “Sesungguhnya ayat terbesar dalam hal pemberian janji jalan keluar adalah “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya.” “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan itu maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” .

Dalam ayat yg mulia ini Allah menjelaskan seandainya penduduk negeri-negeri merealisasikan dua hal yakni iman dan takwa niscaya Allah akan melapangkan kebaikan utk mereka dan memudahkan mereka mendapatkannya dari segala arah. “Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan Taurat Injil dan yg diturunkan kepada mereka dari Tuhannya niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yg dikerjakan oleh kebanyakan mereka.” .

Allah mengabarkan tentang ahli kitab ‘Bahwa seandainya mereka mengamalkan apa yg ada di dalam Taurat Injil pada dan Alquran demikian seperti dikatakan oleh Abdullah bin Abbas dalam menafsirkan ayat tersebut niscaya Allah memperbanyak rezeki yg diturunkan kepada mereka dari langit dan yg tumbuh utk mereka dari bumi. Syekh Yahya bin Umar al-Andalusi berkata “Allah menghendaki wallahu a’lam bahwa seandainya mereka mengamalkan apa yg diturunkan di dalam Taurat Injil dan Alquran niscaya mereka memakan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Maknanya wallahu’alam niscaya mereka diberi kelapangan dan kesempurnaan ni’mat dunia”

Dalam menafsirkan ayat ini Imam al-Qurthubi mengatakan “Dan sejenis dgn ayat ini adl firman Allah “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rizki dari arah yg tidak disangka-sangkanya.” . “Dan bahwasanya jika mereka tetap berjalan di atas jalan itu benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yg segar .” . “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berbagai keberkahan dari langit dan bumi.” .
Sebagaimana disebutkan dalam ayat-ayat di atas Allah menjadikan ketakwaan di antara sebab-sebab rezeki dan menjanjikan utk menambahnya bagi orang yg bersyukur. Allah berfirman “Jika kalian bersyukur niscaya Aku tambahkan ni’mat-Ku atasmu.” . Oleh krn itu tiap orang yg menginginkan keluasan rezeki dan kemakmuran hidup hendaknya ia menjaga dirinya dari segala dosa. Hendaknya ia menaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Juga hendaknya ia menjaga diri dari yg menyebabkan berhak mendapat siksa seperti melakukan kemungkaran atau meninggalkan kebaikan. Sumber Diadaptasi dari Kunci-Kunci Rizki Menurut Al-Qur’an & As-Sunnah Dr.Fadhl Ilahi Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

*sumber file al_islam.chm

Wednesday, May 4, 2011

Perjalanan

Aduhai jiwa yang bersalut dosa
Betapa kesementaraan ini mengugah rasa
Betapa kekerdilan diri ini
Menumbuhkan harap dan asa
Untuk sekelumit rahmat dan pengampunanNya

Aduhai jiwa yang sering terleka
Betapa sering diri ini ketinggalan masa
Untuk belajar menghargai
Atau bersedia menanti hari
Agar terwarna makna hakiki

Aduhai Pemilik jiwa yang kerdil ini
Betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayah Mu
Betapa ingin kami menjadi hamba Mu
Hidup dalam ketaatan
dan dijemput pulang dalam kerahmatan

Aduhai Pemilik jiwa yang alpa ini
Terimalah keuzuran kami
Agar redhaMu sentiasa menyinari hati dan hidup kami

Layakkah kita untuk ke SYURGANYA

Kenapa kita terasa sukar setiapkali ingin melakukan kebaikan dan perubahan? Bahkan kesukaran itu akan lebih terasa apabila kita cuba untuk istiqomah dengan kebaikan.

Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan keburukan atau sesuatu maksiat? Kalau boleh tinggalkanpun hanya sekejap saja.

Mungkin ini adalah persoalan yang sering menghantui pemikiran kita hingga kadang-kadang ada yang berputus asa. Berputus asa hingga terpaksa menjadikan dosa sebagai makanan harian.

Ya, kita semua begitu hajatkan syurga Allah dan takutkan nerakaNya. Dalam ceramah saya, kadang-kadang saya laungkan “Siapa yang nak masuk neraka sila duduk!” Anda boleh bayangkan responnya. Kalau peserta atau pendengarnya sudah agak dewasa, pun akan tersipu-sipu bangun. Tidak ada siapa yang mahu dirinya digolongkan sebagai ahli neraka. Namun persoalannya, KENAPA ramai yang masih melakukan dosa bahkan begitu sukar meninggalkannya? Bahkan kadang-kadang kita melakukan dosa-dosa yang sama.

Jawapan ringkasnya mungkin mudah saja; INILAH NILAI SYURGA.

Kata Ibnu Jauzi, mafhumnya  “Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.

Kalau begitu, kita yang lemah jiwa ini tentu tidak layak masuk syurga? Kita tidak sehebat sahabat-sahabat yang berjuang bersama Rasul SAW. Kitapun tidak sehebat ulamak-ulamak yang hidup memperjuangkan kebenaran. Kita ini kan orang biasa, bukan sekolah agama pulak tu bahkan ada yang lahir dari keluarga yang jauh dari agama. Adakah kita nanti akan jadi ahli neraka.

Kalau ini yang sedang anda fikirkan maka sedarlah bahawa yang sedang berbisik itu adalah syaithan yang inginkan kita putus asa dengan rahmat Allah Taala hingga akhirnya kita akan bersama-samanya didalam neraka.

Hakikat diri
Inilah hakikat diri kita: Lemah, lupa, sukar menentang arus dan berbagai kelemahan lain. Jangan kita lupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga manusia biasa seperti kita bahakan mereka itu kata Syed Qutub adalah serpihan masyarakat jahiliyah yang suka minum arak, membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan sebagainya.

Bukankan Allah Taala berfirman yang maksudnya “Demi jiwa dan penyempurnaannya, diilhamkannya fujur dan taqwa.” Ya kita semua memiliki kecenderungan yang sama: Ingin melakukan kebaikan dan keburukan. Bahkan kata Ibnu Jauzi “Kecenderungan melakukan kejahatan itu seperti air yang menuruni bukit manakala kecenderungan jiwa untuk melakukan kebaikan seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan”.
Jadi untuk melakukan perubahan dan istiqomah diatas kebenaran maka kita memerlukan proses tarbiyyah yang betul, murabbi yang boleh dijadikan contoh dan persekitaran yang akan menambah cinta dan ketaatan kepada Allah serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancamanNya.

Untuk memahami proses tarbiyyah yang betul, saya selalu bergurau tetapi serius “Gilalah untuk baca sirah sebagaimana orang gila novel baca novel, bahkan jadilah lebih ‘gila’ lagi”. Ya, bacalah sirah dengan penuh rindu dan cinta pada Rasul SAW dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah contoh-contoh keimanan.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik mereka dan lihatlah bagaimana mereka menyerahkan diri mereka kepada didikan atau tarbiyyah Rasul. Inilah intipati tarbiyyah: MANHAJ (SISTEM) Tarbiyyah yang betul sepertimana yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan PENYERAHAN  diri pada tarbiyyah sebagaimana sahabat-sahabat Rasul. Lihatlah bagaimana dengan tarbiyyah sahabat-sahabat RA mengubah diri mereka secara total dengan penuh kerendahan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dampingilah orang-orang alim yang soleh dan ikhlas. Carilah guru atau murabbi yang ikhlas ingin membantu kita Cintailah ulamak, bacalah buku-buku mereka dan hayatilah sejarah perjuangan mereka. Ziarahilah ulamak-ulamak supaya mereka menjadi lampu-lampu penunjuk jalan kepada jiwa kita.

Dan carilah teman-teman yang soleh yang sanggup menegur kita jika kita terlanjur melakukan kesalahan. Carilah teman yang apabila kita memandang mereka maka kita teringat dan teringin melakukan kebaikan bukan sebaliknya.

Dua sayap
Perjalanan menuju kepada Allah terlalu sukar dan banyak halangannya. Kita tidak akan mampu terbang tinggi menuju redhaNya melainkan dengan dua sayap.

Sayap pertama ialah KHAUF (Takut); selalulah takut-takutkan hati kita dengan azab neraka yang jamuan keraiannya ialah buah Zaqqum, bahan bakarnya ialan manusia dan batu serta api nyalaan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih panas dari api dunia. Takut-takutkan jiwa kita dengan saat pertemuan dimana ada wajah-wajah yang putih dan ada wajah-wajah yang hitam, ada wajah yang berseri-seri bahagia dan ada wajah yang bermuram durja. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith lalu hayatilah hakikat-hakikat ini hingga kita terasa takut dan minitiskan air mata.

Sayap yang kedua ialah Roja’ (Harap); Yakinlah dengan pengampunan Allah dan rahmatNya. Allah tentu sekali tidak akan menzalimi kita bahkan terlalu kasih kepada kita. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith, tentu hati kita akan terpegun apabila melihat betapa Allah itu maha Pengampun. Janganlah sekali-sekali kita berputu asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.

© Langitilahi.com

Thursday, April 28, 2011

ITULAH CINTA

Assalamualaikum..rasa lama tak meninjau blog..dan kali ni berkesempatan walaupun hanya seketika..
Tiba ingat seorang sahabat..seringkali merintih, menangis, berdoa dan tidak putus harap dengan kembalinya SI DIA di hati..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Sunday, April 24, 2011

Manusia yang Untung


Manusia akan jadi terbaik jika beriman
akan tersungkur bagai binatang ternak
andai engkar...
 
hidup menguji siapa terbaik amalnya
terbaik dunia...terbaik akhirat
dunia adalah kebun bertanam
bekal perjalanan hari akhir
jannah atau an nar
 
pilihan pada kita
aqal dibekal
ada jasad  
ada roh
 
islam iman amal
jamaah dan keseorangan
susurilah tariq al haq
sirat yang lurus
 
contoh yang benar dan batil
yang di ni'mati Ilahi
yang di la'nati Ilahi
pilihlah jalan junjungan
jalan para anbia'
para solihin
tabi`in
 
moga damailah hidup
dunia dan akhirat

INSAN WAHAI INSAN

 
Fikirkan
 
Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang
jitu

Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah
tersedia untuk di terpa
 
Ya insan
Fikirkan apa tujuan hidupmu
Carilah didalam diri
Nescaya kau kan ketemui
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau
taksirkan sendiri
 
Ya insan
Aku pun sedang mancari satu kehidupan
yang abadi
Tak sanggup hidup berkelumang dengan
dosa lagi
 
Kerna hidup ini tiada dua, tiganya lagi
Sampai ajal roh dan jasad takan bersatu lagi.

Pertemuan Semalam, Hari Ini Dan Esok


Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang
 
Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian
 
Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.
 
Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati
 
Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan
 
Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu
 
Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku
 
Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
 
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................
 
sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.
 
Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
 
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
 
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
 
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...

Friday, April 22, 2011

Lelaki Acuan Kalam Allah


Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"

Ku Yakin KAU Sentiasa Bersamaku



Aku ingin mghadap Rabbku, Allah ArRahman ArRahim
aku ingin Ia menatapku dengan tatapan penuh cinta
aku ingin selalu dekat denganNya
aku ingin merasakan kehangatan bersamaNya…
sungguh indah cinta kasihNya…

Allah…
hamba tak ingin lepas dari cintaMu
kepada siapa lagi kan ku labuhkan cintaku
setelah merasakan manisnya cintaMu
jangan Engkau usir aku dari taman cintaMu

Allah…
aku ingin menghadapMu,
ku ingin mempersembahkan pengabdian terbaikku,
yang akan jadi bukti betapa aku mencintaiMu,
dan Engkau menatapku dg penuh cinta..

aku ingin menghadapMu,
biarlah kepayahan & kelelahan itu
menjadi saksi pengorbanan
biarlah setiap pahit & beratnya perjuangan
menjadi saksi manisnya balasanMu
biarlah setiap ujian itu
menjadi pengukuh bangunan cintaku
tinggi menujuMu

Dan di akhir nanti,
Engkau panggil kami
“Ya ayyatuhan Nafsul Mutmainnah…
irji’i ilaa rabbiki radhiyatam mardiyyah…
fad-khuli fii ‘ibadii…
wad khuli jannatii…

SUBHANALLAH

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. ” (Q.S. Al Israa:44)

“Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Q.S. An Nuur: 41)