My memori

Showing posts with label Kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label Kasih sayang. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Indahnya Sebuah Pertemuan

Sahabat....
sungguh aku bersyukur dipertemukan denganmu...
punya nama yang sama dan lain nama ayah saja...
di lahirkan pada selang bulan yang dekat...
walau hanya sebentar perkenalan itu...
tapi ukhwah yang tersimpul begitu kuat...
naluri kita bertaut....
bagaikan sudah bertahun aku mengenalimu...
boleh berkongsi pelbagai cerita...
walau jasad kita terpisah jauh..
namun ukhwah ini begitu mendekatkan...
siraturrahim kita semakin kuat...
saat hati kau terluka...
aku di sini turut merasainya...
saat kau ketawa gembira...
aku juga merasai bahagia...
gelak tawa nangis hiba kita kongsi bersama....
kita saling ingat mengingatkan...
kita saling mentarbiyah diri...
yang betul di sokong....
yang salah di tegur....
indah anugerah PERSAHABATAN ini...
bersama-sama mencari cinta Ya Rabb...
bersama-sama dahagakan hidayah Ya Muhaimin...
bersama-sama mendambakan syurga abadi Ya Rabbul Izzati...
Subhanallah....
indahnya pertemuan ini....
hilang segala gundah di hati....
hadir ketenangan yang di cari....
Syukur Ya Allah atas kurniaan tidak ternilai ini...
insan bernama SAHABAT....

~~UKHWAH FILLAH~~

p/s : terima kasih atas segala-galanya sabahatku Zurina Ahmad dan moga ukhwah ini berpanjangan...insyaAllah... ameen~~

Saturday, April 16, 2011

ERTI PERSAHABATAN...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......




Friday, April 15, 2011

INSAN BERNAMA IBU

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

 

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. 

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
 
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
 
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


 ~KU AMAT MENYANYANGI DAN MERINDUIMU MAK~

Wednesday, April 6, 2011

WANITA

Assalamualaikum..

Petikan ini di ambil dari sorang sahabat untuk ana kongsikan buat semua..

Ketika Allah menciptakan wanita, maka Dia menciptakan mahluk yang sangat istimewa.
“Allah ciptakan mahluk ini lengkap dengan dua bahu yang sangat kuat untuk memikul semua beban dunia, namun dengan lengan yang lembut untuk memeluk anak-anaknya.”

“Allah kurniakan mahluk ini kekuatan batiniah yang luar biasa demi menanggungkan pedihnya melahirkan anak yang kemudian akan meninggalkan dan mengabaikannya.”

“Allah berikan mahluk ini ketegaran yang memungkinkannya terus bertahan dan berjuang ketika semua orang lain sudah berputus asa, demi merawat seluruh keluarganya di saat sakit dan lelah tanpa mengeluh.”

“Allah hiasi mahluk ini dengan kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam semua keadaan, bahkan saat si anak menyakiti hatinya.”


ISTIMEWANYA WANITA.....SAYANGI WANITAMU....ANAK2MU, ADIK2MU, KEKASIHMU...TERISTIMEWA IBUMU,BONDAMU,MAMAMU,UMIMU

,MAKMU.......

Sunday, April 3, 2011

Mencari Cinta Ilahi

Sebuah puisi yang sangat menyentuh hati yang dipetik dari sebuah blog. Saya abadikannya di sini buat perkongsian kita bersama. Semoga ada manfaatnya buat menyemarakkan semangat dalam menjalankan usaha dakwah Ilallah.

BISIKAN MASTURAT

Ermmm….takkan kan kami sanggup melepas dan membiarkan sang bidadari syurga merampas milik kami dengan sewenang-wenangnya..


Biar harta dunia berkurangan, asalkan ia dibelanjakan di jalanNya...

Biar kami sedikit terabai, asalkan si dia tak mengabaikan usaha agama..

Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentiasa kerana agama, tak mengapa..

Biar kami di tinggal-tinggalkan, asalkan pemergiannya kerana ummat tercinta..

Biar kami sedikit kesusahan di dunia, kerana mengejar ganjaran akhirat kami rela..

Biar seksa melahirkan kami rasa, asalkan lahirnya para da’ie, kami redha..

Biar segala urusan datang menduga, malam markas dan dakwah tak kan kami biarkan si dia leka..

Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan kami pastikan si dia ada..

Biar sibuk dengan urusan dunia, dengan izin Allah amalan sunnah di rumah sentiasa kami jaga..

Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah kami sentiasa sedia terima..

Biarkan segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa seperti gula..

Apabila kami redha dan rela, kelak kami yang akan lebih awal untuk menunggu suami tercinta d syurga..

* Khas Untuk Si Dia~

Bantuan..Hulurkan Tanggungjawab

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 

Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” “ 

Firman Allah Taala:Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?”
 
Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”

(Muslim)

Saturday, April 2, 2011

Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak



KOMPLEKS KEBAJIKAN HAMIDAH YAKUP, MIRI


 KOMPLEKS KEBAJIKAN LAILA TAIB, KUCHING


LKAYS (KKLT) BERHARI RAYA

Thursday, March 17, 2011

Kenapa Allah Lebih CINTA Orang Muda yg berTAUBAT berbanding orang tua???

Bismillahir rahman nirrahim...

Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka perlu sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah.

Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripada hamba-Nya. Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu usia tua kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati hal kematian dan berusaha untuk menyediakan bekalan untuknya.

Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.Orang muda tidak dapat dinafikan mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh persekitaran banyak membawa anak-anak muda ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan mereka daripada sudut pandangan agama. Agak sukar menemui orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan benar-benar beramal soleh.

Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran yang mendalam untuk menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.

Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa.ALLAH berfirman yang maksudnya:Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah.

Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang Allah.Dalam sat hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya:Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untukbertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup.