My memori

Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

KEAYUAN SEBENAR

Assalamualaikum..Untuk renungan bersama..

Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda..,nescaya anda lebih nampak manis.

Gunakan pemerah pipi anda dengan kOsmetik yang terhasil dari rasa malu..yang dibuat dari salon keIMANAN....

Pakailah sabun istiQfar yang menghilangkan semua dOsa dan kesaLahan yang anda lakukan...InsyaALLAH..

Rawatlah rambut anda dengan selendang isLaMic yaNg aKaN mEnGeLaNgkan keLumuR paNdangaN leLaki yaNg bErbaHaya...

HiasiLah keDua taNgan deNgan geLang TAWADDHU dan jaRi-jaRi deNgan Cincin UKHUWAH..
Sebaik-baiknya kaLung aNda dengan kesucian..


Bedaklah wajah aNda dengan air WudUk...Nescaya akan bercahaya di Akhirat keLak,..InsyaALLAH,..

Friday, April 22, 2011

Ku Yakin KAU Sentiasa Bersamaku



Aku ingin mghadap Rabbku, Allah ArRahman ArRahim
aku ingin Ia menatapku dengan tatapan penuh cinta
aku ingin selalu dekat denganNya
aku ingin merasakan kehangatan bersamaNya…
sungguh indah cinta kasihNya…

Allah…
hamba tak ingin lepas dari cintaMu
kepada siapa lagi kan ku labuhkan cintaku
setelah merasakan manisnya cintaMu
jangan Engkau usir aku dari taman cintaMu

Allah…
aku ingin menghadapMu,
ku ingin mempersembahkan pengabdian terbaikku,
yang akan jadi bukti betapa aku mencintaiMu,
dan Engkau menatapku dg penuh cinta..

aku ingin menghadapMu,
biarlah kepayahan & kelelahan itu
menjadi saksi pengorbanan
biarlah setiap pahit & beratnya perjuangan
menjadi saksi manisnya balasanMu
biarlah setiap ujian itu
menjadi pengukuh bangunan cintaku
tinggi menujuMu

Dan di akhir nanti,
Engkau panggil kami
“Ya ayyatuhan Nafsul Mutmainnah…
irji’i ilaa rabbiki radhiyatam mardiyyah…
fad-khuli fii ‘ibadii…
wad khuli jannatii…

Friday, April 15, 2011

Menghargai Masa adalah Satu Tuntutan

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

masaedit
                                                                              
Pengurusan Masa 

Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.

masaemas01


Kepentingan Masa 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 

 Maksudnya:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Jangan Suka Bertangguh-tangguh

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar  dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara.

Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.

Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.” 

Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

Memanfaatkan Masa Di Dunia

Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia. 

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakan

Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia
dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan
yang baik, sudah pasti direbutinya. 

Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:
i) Masa hidup sebelum mati
ii) Masa sihat sebelum sakit
iii) Masa lapang sebelum sibuk
iv) Masa muda sebelum tua
v) Masa kaya sebelum fakir."


Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

Kesimpulan 

Menghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Suntingan/ Rujukan:   Akhbar-akhbr Tempatan

INSAN BERNAMA IBU

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

 

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. 

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
 
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
 
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


 ~KU AMAT MENYANYANGI DAN MERINDUIMU MAK~

Tuesday, April 12, 2011

PERPISAHAN

DOA PERPISAHAN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Tuesday, April 5, 2011

TAUBAT

Assalamualaikum..terdetik hati ana untuk kongsikan bab TAUBAT kali ini.

TAUBAT: wajib bagi setiap mukmin dari tiap2 dosa, dosa itu hanya antara ia dan ALLAH tiada perhubungan antara manusia
1) harus menghentikan maksiat

2) mesti menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukan dengan sebenar2 menyesal.

3) niat bersungguh2 tidak akan mengulangi dosa2 itu lagi.
Dan jika dosa itu melibatkan sesama manusia maka syarat taubat ditambah iaitu

4) menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak dengan meminta maaf atau halal dan menggembalikan apa yang perlu di kembalikan pada yang hak

FIRMAN ALLAH "Hai sekelian orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh-sungguh"....At tahrim: 8

Sabda rasulullah s.a.w: hai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan istiqfarlah (mintalah ampun) kepadanya, maka sesungguhnya saya bertaubat dan beristiqfar tiap hari seratus kali

Sunday, March 20, 2011

~AMALAN~

Jangan sekali-kali engkau meninggalkan amalmu
semata-mata kerana merasa hati tak ikhlas
kerana sesungguhnya beramal itu lebih hampir
kepada keikhlasan

sedangkan orang yang tak beramal itu...
bagaimanakah ia akan ikhlas...?

mungkin akan sampai masanya kelak...
Allah akan mengangkat kedudukanmu...
dari tingkat orang beramal tak ikhlas...
kepada tingkat orang-orang beramal yang
ikhlas..

No Hak Milik..But Anugerah

Assalamualaikum warahmatullah,

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah…” adalah sebuah dialog dipetik dari filem CINTA arahan pengarah Kabhi Bahtiar, yang dilafazkan oleh Dato Rahim Razali. Hari ini saya terfikir untuk memuatkan tentang ini iaitu  “isteri adalah hak suami...”

Hmm… isteri adalah hak suami? Mungkin maksudnya, isteri itu hak milik suami? Kalau begitu, suami itu hak milik isteri? Apa yang kita faham dengan perkataan ‘hak milik’? Adakah ia sesuatu yang diberi ‘cop mohor’? Ada pula lagu yang agak popular yang bertajuk ‘Hak Milik Kekal...’nyanyian adik-beradik Rafar... Lagi hebat...

Saya cuba cari persamaan dan perbezaan dua kalimah itu, ‘hak milik’ dan ‘anugerah’ tetapi amat sukar untuk saya menulis ke semuanya di sini. Berat saya rasakan ada kontra dan kelebihan daripada salah satu perkataannya. Sebenarnya banyak perlakuan kita hari ini mengiyakan sesuatu itu ‘hak milik’ kita, tanpa menyedari sebenarnya ia adalah ‘anugerah’ Allah SWT, bukan ‘hak milik’ kita yang total.

Hak milik membawa maksud ‘pemilikan’ atau ‘kepunyaan’. Dengan perkataan yang lebih mudah, hak milik bermaksud ‘kekuasaan dalam memiliki sesuatu’. Sebagai contoh, jika kita memiliki sesuatu barang, bermakna kita berhak berbuat apa saja kepada barang yang kita miliki itu. Hendak dipeluk, dicium, ditayangkan dalam almari kaca ataupun dilanyak, dicampak dan boleh jadi juga dipijak-pijak bila apa yang kita miliki itu tidak lagi memenuhi keperluan dan kehendak kita. Apa yang pasti, akibat terperasan ia adalah hak milik, lazimnya, belum tentu hak milik itu kita HARGAI.

Anugerah pula bermaksud ‘pemberian’ atau ‘kurniaan’ yang disertai dengan harga atau nilai yang tersendiri. Saya percaya, siapa pun akan memandang anugerah sebagai nilai yang paling paling paling berharga. Anugerah akan dirasakan begitu berharga selepas disusahi dengan pelbagai usaha dan titik peluh sendiri. Saya tidak pernah dianugerahkan pingat kebesaran, tetapi jika dianugerahkan pingat tersebut, sudah tentu saya akan simpan baik-baik, sekali-sekali dibelek-belek, digilap jika berhabuk dan mungkin saja dipolish bila ia pudar... Hmmm....

Bayangkan kita sebagai seorang pelajar, dengan usaha yang gigih kita akhirnya disandangkan dengan Anugerah Dekan pada tahun menuntut di Universiti tersebut. Tentu sekali kita gembira. Pertamanya gembira kerana dihargai, kedua kerana dianugerahkan sesuatu yang berharga.

Maka, sebab itulah syurga merupakan sebuah ‘anugerah’ bukanlah ‘balasan’. Masuk ke syurga bukan kerana panjang dan beratnya amalan, tetapi kerana anugerah atau kurniaan Allah SWT.

Saya pasti antara jam tangan yang dibeli sendiri (hak milik sendiri) dengan jam tangan yang dihadiahkan (anugerah) daripada orang yang tersayang, anda akan lebih menghargai pemberian jam tangan daripada insan tersayang, apatah lagi jika orang itu bakal menghargai anda suatu masa nanti dan dia banyak bersusah payah demi anda.

Ada teman-teman yang sudah terlalu mabuk cinta, sampaikan tiket komuter pemberian kekasihnya pun masih disimpan rapi di dalam dompetnya. Tiket itu ada nilai harga dan abstraknya tersendiri yang dia sahaja tahu dan orang lain tidak nampak kerana ia sebuah harga dan anugerah.

Berbalik kepada tajuk di atas, marilah kita tukarkan persepsi :
Apa pengertian amanah? Amanah berasal daripada perkataan Arab, ‘amana’ yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni.  Amanah dengan kata lain ialah sesuatu tanggungjawab yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga atau diterima oleh seseorang atau pihak yang dipercayai dapat melaksanakannya seperti dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah boleh saja berbentuk kehormatan diri, hak-hak manusia, harta benda, agama, pekerjaan dan lain-lain. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan (menyerahkan) segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)….” (Surah an-Nisaa’ 4:58)

Jika kita melihat isteri sebagai anugerah, amanah dan tanggungjawab, tentu suami tidak mungkin ALPA mengabaikan hak-hak isterinya. Jika isteri pula melihat suami sebagai anugerah, amanah dan tanggungjawab, pasti si isteri akan berusaha memenuhi hak-hak suaminya pula. Jika kita melihat anak-anak kita sebagai anugerah, amanah dan tanggungjawab yang Maha Esa, besar kemungkinan tiada ibu bapa yang bersikap sambil lewa, mengabaikan hak-hak dan membiarkan anak-anak membesar tanpa dibekalkan ilmu dunia dan akhirat. Halusilah anugerah-anugerah yang dikurniakan kepada kita, sudah pasti pengabaian hak, amanah dan tanggungjawab dapat diminimumkan, insya Allah.
  • isteri bukan hak milik, tetapi anugerah....
  • suami bukan hak milik, tetapi anugerah....
  • anak-anak juga bukan hak milik, tetapi anugerah....

Apa pula yang dimaksudkan tanggungjawab? Tanggungjawab merupakan satu AMANAH atau BEBAN dan TUGASAN yang mesti kita ‘tanggung’ di dunia, MESTI kita ‘jawab’ apabila kita ‘disoal’ di hadapan Allah SWT di yaumil mahsyar kelak.

Sekalipun badai ujian kehidupan ada kalanya begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kita wajib sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang dingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih utama, berkahwin itu adalah anugerah dan amanah Allah SWT.

Tip untuk rasa bertanggungjawab dalam rumahtangga
  1. Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita ialah milik Allah SWT, bukan hak milik kita.
  2. Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
  3. Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
  4. Sering melakukan solat Istikharah dan solat Hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
  5. Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggungjawab dengan perintah Allah.
  6. Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksa-Nya jika mengabaikan tanggungjawab dan amanah-Nya.
  7. Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati : Ini semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat…

Pasti, kita semua mampu menyayangi sesuatu yang kita panggil hak milik kita. Namun, sesuai dengan disebabkan peredaran waktu dan pertambahan usia, mungkin saja kita akan mensia-siakan yang menjadi hak milik itu. Sebaliknya, kita semua akan lebih menyayangi sebuah anugerah kerana harganya yang tersendiri.

Contoh yang paling mudah untuk diceritaka, berkenaan CINTA. Semasa angau mabuk bercinta, kita menjadi begitu asyik memenuhi permintaan dan kehendak kekasih. Sanggup berkorban apa saja, harta ataupun nyawa.. bak bait lagu nyanyian P.Ramlee. Tetapi, bila cinta itu sudah mulai pudar akibat pengabaian hak dan tanggungjawab misalnya, tidak mustahil cinta itu akan bertukar menjadi benci. Sebaliknya, jika kita sematkan cinta itu bukanlah hak milik tetapi anugerah yang disertakan dengan amanah dan tanggungjawab, biarpun teruk dilanda tsunami, pasti kita akan harungi juga, bak kata pujangga cinta, lautan bara sanggup ku renangi...

Kesimpulan

Sesiapapun bukanlah hak milik kepada sesiapa, tetapi ia adalah anugerah kerana manusia hanya memegang amanah dalam hubungan sesama manusia, namun manusia tidak mampu menjadi hak milik manusia lain sebaliknya hanya pemegang amanah yang setia dan sentiasa sujud kepada Allah SWT. Percayalah, anugerah tidak sesekali diberikan melainkan kepada orang-orang yang terpilih. Kerana itu kita perlu berbeza cara untuk menghargai sebuah HAK MILIK dan sebuah ANUGERAH.

Cinta bukan sekadar kasihan, sebaliknya cinta memerlukan kesungguhan, keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta segala aspek ini mestilah berpaksikan kepada peraturan yang diharuskan oleh syarak. Cinta yang sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta kepada Allah dan manusia mencintai manusia kerana Allah SWT.

Mari kita sama-sama renung-renungkan.