My memori

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

ERTI PERSAHABATAN...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......




Monday, April 11, 2011

AKHLAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ..

HIDUP ini harus dipenuhi dengan amal salih dan meninggalkan semua amal jahat kerana itulah sifat sebenar mukmin. Islam mengajarkan segala perbuatan baik dilakukan dengan ikhlas sama ada besar atau kecil, sedikit atau banyak tetap dinilai oleh Allah SWT dan tersedia baginya ganjaran pahala.

Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud:

“Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Adakalanya kebaikan itu mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi nilainya besar pada pandangan Allah. Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain, mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.

Tuesday, April 5, 2011

KESEPIAN

Apapun yang terjadi..
berjalanlah tanpa henti..
airmata tertahan..
waktu untuk dijatuhkan..

nanti kita kan tahu..
betapa bijaknya hidup..
sepahit apapun ini..
pengajaran yang bererti..

semoga kepergianmu..
tak akan merubah apapun..
semoga mampuku lawan kesepianku..

~lawanlah kesepian dengan zikirullah dan yakinlah tiada yang kekal di dunia~

KEHIDUPAN

Assalamualaikum..
Petikan ini ana kongsikan buat renungan semua yang di kirim oleh seorang sahabat pada kumpulan AMANAHMU..


Kalau Boleh Tentu Kita Ingin Hidup Selama Lamanya...
Andai Mampu Tentulah Kita Ingin Dunia Ini Dalam Pelukkan Kita...
Rasanya Kalaulah Tiada Penghujungnya Tentu Ingin Menikmati Keseronokan Hingga Bila Bila...
Kalaulah Dapat Setiap Hari Mengukir Bahasa Jiwa Saling Menyinta...
Begitulah Gelodak Rasa Yang Menyelubungi Jiwa...

Persoalannya Siapakah Kita?...
Bukankah Kita Ini Makhluk Yang Lemah...
Terlahir Dari Titis Mani Dan Segumpal Tanah...
Seumpama Anak Anak Patung Yang Di Cipta...
Bernilainya Kita Kerana Ditiupkan Roh Menghidupkan Seluruh Urat Saraf Dan Pancaindera...
Kita Tak Mampu Pun Untuk Membuang Gelaran Hamba Kepada NYA...
Masakan Kita Mampu Untuk Tamak Membolot Segalanya...

Tetapi Demikian Kerana Terus Menongkah Sunatullah...
Kita Menjadi Seburuk Mahkluk NYA Hilang Rasa Malu...
Kebanyakkannya Telah Menjauh...
Dan Kepalang Menanggapi Diri Sebagai Tuan Pada Lainnya...

Persoalannya Siapa Kita Jika Allah Menghantarkan Malaikat Izrail...
Untuk Mencabut Nyawa Yang Di Pinjamkan NYA...
Renungilah Wahai Kita Yang Bergelar Hamba NYA...

...Subhanallah...