My memori

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Menghargai Masa adalah Satu Tuntutan

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

masaedit
                                                                              
Pengurusan Masa 

Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.

masaemas01


Kepentingan Masa 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 

 Maksudnya:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Jangan Suka Bertangguh-tangguh

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar  dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara.

Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.

Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.” 

Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

Memanfaatkan Masa Di Dunia

Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia. 

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakan

Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia
dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan
yang baik, sudah pasti direbutinya. 

Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:
i) Masa hidup sebelum mati
ii) Masa sihat sebelum sakit
iii) Masa lapang sebelum sibuk
iv) Masa muda sebelum tua
v) Masa kaya sebelum fakir."


Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

Kesimpulan 

Menghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Suntingan/ Rujukan:   Akhbar-akhbr Tempatan

Thursday, April 14, 2011

40 Kesilapan Ibu Bapa

  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  9. Kurang melahirkan kasih sayang
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali


Friday, April 8, 2011

Selawat

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Al-Mushtafa SAW. Sebingkai mozaik nan indah. Kontruksi cita rasa Sang Kuasa yang sempurna. Cahaya yang bertahta megah di atas cahaya-cahaya. Makhluk terindah, termulia, tersantun, yang tiada duanya.

“Dialah yang di langit dikenal sebagai Ahmad, sedang di bumi dikenal sebagai Muhammad.” begitulah Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi melukiskan sosok Rasulullah SAW dalam kata-kata. “Dialah penguasa maqam mahmud. Bendera puja dan puji tegak dalam genggamannya.”

“Tidaklah ia dikenal sebagai Muhammad sebelum diseru sebagai Ahmad. Sebab (di langit) ar-Robb SWT telah memuji sosoknya jauh sebelum seluruh makhluk mengenalnya. Ia mengagul-agulkannya jauh sebelum manusia menyanjung-nyanjungnya. Engkau bakal menjumpai nama Ahmad pada kitab-kitab suci terdahulu. Sedang dalam al-Qur’anul Karim, termaktub nama Muhammad. Dialah yang terlayak menuai pujian-pujian. Dialah yang teragung diantara insan-insan yang layak dipuji.”

“Hanya untuknya, kelak maqam mahmud disingkap diiringi pujian-pujian. Tak pernah tersingkap untuk selain dirinya. Dengan maqam mahmud itu, Sang Kuasa senantiasa memujinya. Berbekal maqam mahmud itu, ia menjelma sebagai pemberi syafaat tertinggi. Bendera puja dan puji terajut hanya untuknya, seorang. Umatnya disebut-sebut sebagai al-Hamidun (Orang-orang yang gemar memuji) dalam kitab-kitab terdahulu. Dan tatkala kakeknya, Abdul Muthalib, menyematkan nama Muhammad, ia mengunjuk doa, “Aku berharap kelak seluruh penghuni langit dan bumi akan senantiasa memujinya.”

Tidak terpungkiri, Rasulullah SAW memang sempurna. Tiada celah untuk mencela, kecuali hati yang buta oleh kabut kemusyrikan. Begitu sempurnanya sang nabi. Hingga lisan mukminin tak lelah memadahkan puja dan puji, dari dulu hingga kini.

SELAWAT

Puncak kekaguman Sang Pencipta terhadap mahakarya yang satu ini adalah salawat. Habib Ahmad mengurai, “Salawat Allah SWT kepada Nabi SAW adalah cucuran kebaikan-kebaikan, sifat-sifat luhur, karakter yang elok, nikmat-nikmat, penghargaan, penghormatan, dan anugerah-anugerah yang meruah. Sedang salam-Nya adalah penjagaan-Nya dari pelbagai aib dan mala, karunia yang berupa ketentraman, kesempurnaan, dan kemegahan. Sebentuk penghormatan yang indah dan penuh berkah dari-Nya.”

Mari kita bersalawat kepada Nabi SAW. Mari kita haturkan salam kepada Rasul SAW.
“Dalam sepenggal ayat, ar-Rahman ar-Rahim menfirmankan,

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Rasulullah SAW sendiri bersabda, “Manusia yang paling dekat denganku pada hari akhir adalah orang yang paling banyak bersalawat kepadaku.”

Sabda beliau yang lain menyebutkan, “Tidaklah seseorang bersalam kepadaku, kecuali Allah SWT pasti mengembalikan rohku. Hingga aku pun bisa membalas salamnya.” Kata roh dalam hadis ini bisa bermakna bicara, atau sesuatu hal yang berkenaan dengan “aktifitas” roh. Sebab, senyatanya, ruh Beliau SAW sentiasa hidup.”

“Masih banyak lagi hadis-hadis nabawiy yang mengulas faedah selawat. Tercatat lebih dari 40 sahabat terkemuka yang meriwayatkan hadis ragam ini.”

Habib Ahmad meneruskan, “Dalam satu salawat, terpendam 40 faedah. Diantaranya; menghapus dosa-dosa, membersihkan diri, menanggung keselamatan dari kecamuk hari kiamat, mengharumkan majlis-majlis, menafikan kefakiran dan sifat kikir, mengukuhkan langkah kala di atas sirath, mengenyahkan kekeringan, menabur berkah pada raga, umur, dan amal, memantik rahmat Allah dan rasa cinta dari nabi SAW, menghidupkan nurani, dan memancing hidayah ilahi.”

“Walhasil, faedah selawat tak terbilang, duniawi maupun ukhrawi. Tak terhitung, betapa sering Allah membukakan pintu hajat, melonggarkan keruwetan, dan melipatkan anugerah dengan salawat. Salawat adalah amalan istimewa dan penuh berkah. Ia adalah penjamin rasa aman dari murka Allah dan neraka-Nya. Ia adalah pelantar kesucian amal dan ketinggian derajat. Ia adalah perniagaan yang takkan pernah merugi.”

Alangkah istimewanya salawat. Hanya dengan sebaris kalimat itu, kita bisa meraup pahala-pahala semegah gunung. Tanpa terlalu berpayah-payah, kita bisa melampaui amalan-amalan umat terdahulu. Semua berkat salawat kepada sang Nabi SAW.

Akan tetapi, perlu dicatat, ada adab yang mesti diperhatikan dalam salawat. “Selawat adalah Zikir. Kerana itu disyaratkan khusuk dan hudlur, serta takzim kepada Nabi SAW saat bersalawat. Dianjurkan pula menghadirkan zat Nabi SAW kala berdoa dalam salawat, dengan harapan agar curahan anugerah kepada beliau senantiasa lestari. Dengan adab inilah, segala faedah salawat niscaya tergapai. Bahkan bisa lebih dari itu. Selawat tak hanya berarti zikir, salawat juga bermakna doa, bahkan ia adalah esensi doa itu sendiri”

Monday, April 4, 2011

~ i wish i have done more~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan Assalamualaikum wrh.wbt..

Forwd penulisan dari sebuah blog ana titipkan untuk penghayatan semua:-

Everyday as I wake up at dawn
My mind starts working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That’s why I hastily did my Subuh prayer
I didn’t have the time to sit longer to praise the lord
To me rushing out after prayer is nothing odd.

Since school I had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My studies took up most of my time always
Minimum time did I have to Allah to pray
Too many things to do, and zikir is rare,
For Allah, I really had no time to spare.

When I grew up and started my degree
Studying all day to secure my future
When I reached home,
I prefer to have fun,I chatted on the phone, on the yahoo messenger,
But I didn’t read much the book of heart, the Quran,
I spent too much time surfing the internet,
Sad to say my faith was falling flat.

The only time I have left is weekends
During which I prefer window shopping with friends
Or better yet I prefer to sit back and enjoy my cds and dvds
I couldn’t spare time to go to usrahs and daurahs
I’m too BUSY that’s my BIG EXCUSE…

I did my five prayers, but did so quickly,
After prayer, I didn’t sit longer to reflect quietly
I didn’t have time to help the needy ones
I was loaded with works as my precious time runs.

My life was already full of stress,
So I didn’t counsel as Muslim in distress
,I didn’t spent much time with muslims that can advice me,
Because I thought, doing so wont help me much,
It will be just a waste of time.
No time to share, with none Muslim about Islam;
Or even to my other fellow muslims who have rights on me,
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do sunnah prayers at all
All this contribute to my iman fall…

I’m busy here, I’m busy there,
I have no time at all, that’s all I care
I went for religious lesson, just once in a while
Well, at least I do some, my nafs whispers,
Coz I’m too busy making a pile.

I worked all day,
I slept all night
Too tired for tahajjud, and it seems no right
To me, studying as a living was already tough
So, I only did basic deeds but that’s not enough.

No time at all, to admire God’s creation
No time to praise Allah, and seek His Compassion
Although I know how short is my life,
For Islam, I really didn’t strive.

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with life history
I feel so guilty because I should have prayed moreI
should have invited other muslims to Allah
causeI should strive more to learn about my deen,
Isn’t that what a Muslim live for

To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us to read.
Now, at JUDGMENT DAY,
I’m starting to fret,
I wasted my life but it’s too late to regret,
My entry to paradise depend on my good behavior,
But I have not done enough, nor did proper prayer

My “good deed book” is given from my right
An angle opens my “book” and read out my plight.
Then the angle chided me“O You Muslim servant,
you are the oneWho is given enough time,
yet not much is done
Do you know your faith is loose?
Saying “no time” is only an excuse.
Your “good deed book” should be filled up more
With all the good work you stood up for…

Hence I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist
I was about to write even more, you see…
But I did not have the TIME to list”…

~ i wish i have done more~

Ya Allah kurniakanlah keberkatan dan keampunanMu ke atas penulis ini

Namun Ku Punya Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  dan Assalamualaikum wrh wbt..

Saya tertarik dengan kata-kata yang di ambil dari seorang sahabat..dan ianya mungkin mampu memberi motivasi kepada kita agar terus "Berusahalah dengan kadar termampu".

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung puntak semerdu,
Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan,
Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan saying,
Bukan ku rayu bantu simpati,
Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua…

Ketahuilah saudaraku... kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.

Ketahuilah saudaraku...jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan tahu kemampuan diri kita sendiri. Ini sesuai dengan Firman Allah:
" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya'" (Al-Baqarah : 286)

Ketahuilah saudaraku... sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tuntutan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh agama Islam. Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd : 11)