My memori

Sunday, March 27, 2011

~DIA YANG AKU CINTAI~

Assalamualaikum..

Tersentuh ana pada nilai “kasih sayang” yang ada pada manusia kini yang kian tipis dek kerana keduniaan.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis kemanusiaannya. Berbeza halnya dengan dengan orang yang dikurniakan Allah dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi pemurah.

Rasulullah contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamalkan dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tetapi cinta yang melahirkan ketaatan pada ALLAH dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari?

Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita menyintai Rasulullah, sedangkan dalam kehidupan seharian kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini hanya cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa seperti cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain.
Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!!

No comments:

Post a Comment